Saturday, October 17, 2009

maaf...aku tidak sempurna

Apabila soal manusia dibicarakan dalam kehidupan seharian, sesuatu yang datang singgah di kepalaku adalah manusia itu sangat kompleks tidak kira manusia itu bernama Adam mahupun Hawa. Namun, manusia itu diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang paling tinggi darjatnya berbanding dengan makhluk2Nya yang lain di muka bumi ini. Penciptaan manusia itu sangat istimewa dengan dikurniakan akal untuk berfikir. Dengan keistimewaan ini maka layaklah manusia itu diuji oleh Maha Pencipta dengan pelbagai ujian. Bagiku, manusia itu tidak sempurna dan tidak akan sempurna sehingga dia diuji oleh pelbagai ujian termasuklah diriku sendiri. Sesungguhnya manusia itu diciptakan ada kelemahan, termasuk juga aku, aku juga banyak kelemahan dan kekurangan kerana yang Maha Sempurna itu hanya Yang Maha Esa. Oleh itu jangan dihukum manusia itu kerana matamu yang melihat, jangan dihukum manusia itu kerana telingamu yang mendengar, jangan dihukum manusia itu kerana akalmu yang berfikir, dan jangan dihukum manusia itu kerana naluri hatimu yang berbicara. Kerana Hidayah itu milik Allah SWT, dianugerahi atau tidak itu atas kehendakNYa, jadi tunjukkan jalan jika aku tersalah arah kerana aku tidak sempurna dan kau diciptakan untuk menyempurnakan aku… Oleh kerana manusia itu banyak kelemahannya maka mereka sangat mudah menuding jari menyalahkan apa yang ada di sekelilingnya atas apa yang berlaku. Terkadang aku terfikir kenapa manusia perlu menyalahkan apa yang ade di sekeliling atas apa yang berlaku sedangkan ianya berpunca dari manusia itu sendiri? Dan satu aku dapat simpulkan adalah kerana manusia itu tidak sempurna, manusia perlukan alasan untuk menutupi kelemahan yang mereka ada. Sebenarnya kehidupan ini tidak akan sempurna tanpa ujian, kerana ujian itu tarbiyyah dari Dia... Dari ujian itulah manusia merasa betapa manisnya kehidupan... Aku bersyukur Allah mendatangkan ujian ini untuk aku kerana ujian ini mendekatkan aku kepada NYa.... Menjadi insan yang dituding jari oleh manusia lain yang mungkin perlu diberi panggilan kawan itu sangat melemhakan aku. Namun, manusia itu tidak sempurna. Memohon maaf adalah perkara yang paling sukar untuk manusia lakukan kerana keegoan mereka mengatasi segalanya. Namun bagiku, memohon maaf itu adalah cara aku membersihkan hati. Aku tidak merasa rugi untuk mengucapkannya. Malahan aku berasa untung dapat mengucapkan kata maaf itu untuk ketenangan diriku. Jadi memohon kemaafan itu adalah perkara yang terbaik boleh aku lakukan kerana aku tidak mampu menjadi kawan mereka yang baik, kerana aku manusia tidak sempurna. Walaupun telah sedaya upaya aku cuba menyenangkan hati manusia tetapi tiada kebaikan yang terpancar dari diriku hanya keburukan dan aku redha dengan kehendakMu wahai Tuhan... Sesungguhnya aku sedar bahawa yang kekal itu hanya kau, Allah SWT... Manusia yang perlu aku gelarkan sebagai kawan itu akan datang dan akhirnya pergi tetapi Kau sentiasa ada bersamaku di waktu aku susah, senang, gembira, sedih malahan di setiap aliran darahku dan hembusan nafasku. Jikalau tiada kebaikan yang manusia nampak dari diriku aku redha, itu kehendakMu. Walaubagaimanapun wahai Tuhan, aku akan cuba untuk lebih banyak memperbaiki diriku agar hubungan ku dengan manusia itu menjadi sempura.

No comments:

Post a Comment