Wednesday, October 21, 2009

pasrahh...

ya Allah....
aku pasrah dgn apa yg berlaku....
jika kelak aku mati, tiada kemaafan dr dia....
aku redha dgn apa jua hukumanMU ya Allah...
Aku redha...
sesungguhnya aku akan pikul hukuman yang sangat berat ini YA Allah...
walaupon kadang2 aku rs da xtertanggung...
Ya Allah...jahat sgt kah aku Ya Allah.....
xpela..ujianMu itu satu tarbiyyah....
aku redha...
aku pasrah...
kalau itu hati yg perlu dijaga....
aku jaga...
semakin jauh aku melangkah pergi, mungkin semakin baik dan mungkin juga tiada lagi hati yg akan terluka krn kejahatanku....
Ya Allah...aku tidak mahu berkawan lagi, aku serik...
Ya Allah..maafkan aku...aku tidak mahu memutuskan silaturahimmm...
aku cuma tidak mahu berkawan lagi....
tidak....aku hanya perlukan Salihah Md Shafii...
tangisan ini mungkin akn kering suatu hari nanti...
4hari sudah berlalu...namun air mata msh juga ligat mengalir...
sedang aku menulis warkah ini juga air mata ini ligat membasahi pipi....
walaupon smlm...naza n nizam telah membuat aku gembira, namun hr ini aku msh menangis....
terima kasih naza...terima kasih nizam.....
aku bersyukur Allah berikan korg untuk menghiburkan aku walaupon korg tidak tahu apa yg berlaku....di saat aku down sangat Tuhan datangkan korg...
Ya Allah...aku hampir jatuh sakit...kurniakan aku kekuatan mengharungi onak duri ujianMu ini....

Tuesday, October 20, 2009

terima kasih....

alhamdulillah...aku masih hidup lg hari ni...
ya allah...aku gembira hari ni...tp maafkan aku jika aku aplha di sebalik kegembiraan ini...sesungguhnya Kau Maha Mengetahui....hr ni aku kua dgn kue cai dan tauke....ini semua gara2 cerita hot hambaMu yang sorang tu...tapi Ya Allah....ampunkan dosa2ku kerana mungkin tindakan aku ini akan melukai hati orang lain sekali lagi...maafkan aku Ya Allah, kerana tidak mampu untuk menjaga segumpal darah yang dipanggil hati manusia itu....aku tidak mampu untuk menjaga setiap hati yang Kau ciptakan....

~aku masih jahat~

Sunday, October 18, 2009

sudah kian pudar...

Alhamdulillah...sekali lagi aku dikurniakan Allah kudrat untuk terus menulis surat kepadaNya...
Ya Allah....adakah telah dibutakan hatiku atau adab manusia sudah kian pudar? Tiada lagi kata ucapan terima kasih atau maaf yang terucap di bibir manusia... Hilang semua adab yang indah di ajarkan oleh orang tua.... Maafkan aku kerana ingin mengadu padaMu lagi Ya Allah melalui Surat Untuk Tuhan ini....ade seorang hambaMu ni Ya Allah...jujur hatiku mengagumi ketaatannya kepadaMu, jika mahu dibandingkan dengan diriku yang sering lalai dan alpa ini...dia lebih baik dariku...tetapi Ya Allah kenapa dia harus berubah hanya kerana Adam? Mengapa perhubungan yang selama ini terjaga rapi kini telah dicemari? Aku sedih dengan apa yang terjadi kepadanya, hanya kerana cinta Adam dia berubah... Aku cuba menyelamatkannya dari dicemari namun aku tidak mampu ya Allah... ditambah tambah pula aku telah melakukan kesalahan padanya.... Ya Allah hanya kerana aku melakukan satu kesalahan, hilang sopan santun yang ada padanya. Tidakkah dia sedar bahawa aku adalah manusia, aku manusia tidak sempurna...aku makhluk lemah yang sering melakukan kesalahan dan dosa.... Besar sungguh hukuman ini....Ya Allah...benar kata pepatah, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali", kerana kini aku paham kenapa pepatah itu diwujudkan. Kerana manusia itu apabila sekali membuat kesalahan, segala kebaikannya manusia lain akan lupakan. Tidak perlu aku pergi jauh Ya Allah..minggu lepas aku memberi semangat dan nasihat kepada rakanku supaya sabar dengan dugaanMu..aku memberi semangat, aku cuba membuat dia gembira, aku mebantunya dalam pelajaran namun hanya kerana satu kesalahan yang aku lakukan ketika aku sedang stress aku dihukum begini... Tiada kata terima kasih walaupun dia telah meminjam sesuatu dariku namun Ya Allah Yang Maha Mengetahui mengapa dia perlu pulangkannya harta aku itu kepada orang lain...Pudar semua kesantunan yang aku fikir indah...Namun aku redha Ya Allah...aku memaafkannya... sesungguhnya aku sangat bertuah kerana sering diuji dengan ujianMu Ya Allah...
kini aku sedar, sesungguhnya hanya Kau, Ya Allah yang kekal... tiada yang selainMu...kelak suatu hari nanti aku juga akan pergi, ibu bapaku, ahli keluargaku...

~kehidupan ini tidak selalunya indah, jadi jangan difikir derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada Allah SWT...ujianNya itu indah~

"Salihah Md Shafii"

Alhamdulillah...terima kasih ya Tuhan kerana masih memberi aku nafas dan peluang untuk menikmati hidup. Mudah-mudahan aku berada dalam keredhaanMu dan diampunkan segala dosa yang telah terlalu banyak aku lakukan mengunakan nikmatmu ini. Bangun sahaja dari tidur hari ini aku terkenangkan sahabatku yang bekerja di Kuala Lumpur. Sudah lama benar aku tidak bersua dengannya. Rinduku padanya saat ini sangat meruntun jiwa menyentuh hati. Salihah....sukar untuk aku mencoretkan gambarannya kepada pembaca... Tetapi mungkin dipermudahkan Allah jika aku mula memberitahu bahawa Salihah Md Shafii ini tiada penggantinya. Sahabat yang sangat setia dalam persahabatan, tidak pernah menyesal menerima aku yang sangat teruk perangainya ini menjadi sahabatnya. Pernah suatu ketika dulu semasa menuntut pengajian di IPT yang sama, aku bergaduh dengannya kerana dia mengutamakan orang lain berbanding tugasan yang diberikan pensyarah.... Egoku yang sangat tinggi ini membuatkan aku tidak mahu mengalah. Saat itu terasa sakit hati yang mendalam kepadanya namun muhasabah diri menjadi jalan yang terbaik untuk aku memberi peluang pada diriku dan Salihah. Mengenangkan bahawa Salihah membantu rakannya, aku akur. Kemarahanku padanya tidak pernah menjadi pemusnah persahabatan kami... Walaupun kadang kala kesalahan itu yang berpunca dari diriku namun Salihah tidak pernah menghukum aku. Walaupun kami sekarang telah membawa haluan masing2 kerana rezeki di tempat yang berlainan. Namun kami masih berhubung. Salihah masih lagi membantuku di saat aku ditimpa musibah bahkan di saat aku perlukan teman Salihah masih berada di situ meminjamkan bahu untuk tangisanku. Aku bersyukur kerana dikurniakan Allah Salihah Md Shafii dalam menongkah arus kehidupan... Persahabatan kami masih kekal sehingga sekarang dan mudah mudahan hingga ke akhir hayat, insyaallah.Tetapi tiada lagi sahabat seperti Salihah saat ini... Dikurniakan Allah kepadaku sahabat yang sangat berbeza dengan Salihah membuatkan aku lebih matang dan terbuka fikiran... Aku tidak pernah membuat kebaikan kepada Salihah seperti mana aku membuat kebaikan kepada sahabatku di sini namun kebaikanku terus sahaja lenyap dari bumi ini setelah aku melakukan satu kesalahan. Kesalahanku adalah meluahkan apa yang terbuku di dalam hatiku di salah satu medium sahabat yang tercipta di dunia cyber ini. Aku tidak sangka sahabat yang aku sangkakan boleh aku menumpang kasih mengharap sayang rupa2nya talam 2 muka. Mengapa aku berkata begitu? Kerana di awal waktu aku melakukan kesalahan itu dia dapat menerima tetapi keesokan harinya dia datang menyerbu bilik ku bertiga kononnya untuk bersemuka denganku... Aku tidak membuka pintu, bukan kerana aku takut tetapi aku menjaga hati jiran2 dan aku tidak mahu bergaduh... Hanya Kau sahaja, Tuhan yang mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan hanya pada kau sahaja tempat aku mengadu. Kerana itu hanya padaMu surat ini aku tujukan. Tuhan aku bukan mahu mengunkit tetapi tidak cukupkah pengorbanan yang telah aku lakukan untuk mereka? Aku menyenangkan hidup mereka dengan meringankan beban tugasan namun tiada kata ucapan terima kasih untukku...aku pergi mendapatkan pensyarah menanyakan outline projek paper tiada sesiapa yang mengucapkan terima kasih... aku memberi semangat kepada sahabatku yang putus cinta namun di saat aku melakukan kesalahan tiada semangat yang diberikan kondem semata2 yang aku dapat. Lalu kusedar bahawa Allah ada rancangan untukku. Dia ada sesuatu yang lebih baik untukku. Sahabat itu perlu aku tinggalkan bukan bermakna aku memutuskan tali persaudaraan tetapi perlu dijauhi... Jikalau hendak dibezakan dengan apa yang berlaku antara aku dan kue cai aku rasa itu lebih teruk. Namun kue cai itu sebenarnya lebih baik dari mereka. Walaupun kue cai sangat suka menunjukkan kejahatannya namun jauh di sudut hatinya ade kebaikan yang orang lain mungkin tidak nampak dan sedar kecuali aku.
Kini, Surat Untuk Tuhan temanku yang terbaik kerana hanya Tuhan yang bisa memahami semuanya.....akan ku adu semuanya kepadaMu kerana surat ini hanya untukMu ya Allah....

Saturday, October 17, 2009

maaf...aku tidak sempurna

Apabila soal manusia dibicarakan dalam kehidupan seharian, sesuatu yang datang singgah di kepalaku adalah manusia itu sangat kompleks tidak kira manusia itu bernama Adam mahupun Hawa. Namun, manusia itu diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang paling tinggi darjatnya berbanding dengan makhluk2Nya yang lain di muka bumi ini. Penciptaan manusia itu sangat istimewa dengan dikurniakan akal untuk berfikir. Dengan keistimewaan ini maka layaklah manusia itu diuji oleh Maha Pencipta dengan pelbagai ujian. Bagiku, manusia itu tidak sempurna dan tidak akan sempurna sehingga dia diuji oleh pelbagai ujian termasuklah diriku sendiri. Sesungguhnya manusia itu diciptakan ada kelemahan, termasuk juga aku, aku juga banyak kelemahan dan kekurangan kerana yang Maha Sempurna itu hanya Yang Maha Esa. Oleh itu jangan dihukum manusia itu kerana matamu yang melihat, jangan dihukum manusia itu kerana telingamu yang mendengar, jangan dihukum manusia itu kerana akalmu yang berfikir, dan jangan dihukum manusia itu kerana naluri hatimu yang berbicara. Kerana Hidayah itu milik Allah SWT, dianugerahi atau tidak itu atas kehendakNYa, jadi tunjukkan jalan jika aku tersalah arah kerana aku tidak sempurna dan kau diciptakan untuk menyempurnakan aku… Oleh kerana manusia itu banyak kelemahannya maka mereka sangat mudah menuding jari menyalahkan apa yang ada di sekelilingnya atas apa yang berlaku. Terkadang aku terfikir kenapa manusia perlu menyalahkan apa yang ade di sekeliling atas apa yang berlaku sedangkan ianya berpunca dari manusia itu sendiri? Dan satu aku dapat simpulkan adalah kerana manusia itu tidak sempurna, manusia perlukan alasan untuk menutupi kelemahan yang mereka ada. Sebenarnya kehidupan ini tidak akan sempurna tanpa ujian, kerana ujian itu tarbiyyah dari Dia... Dari ujian itulah manusia merasa betapa manisnya kehidupan... Aku bersyukur Allah mendatangkan ujian ini untuk aku kerana ujian ini mendekatkan aku kepada NYa.... Menjadi insan yang dituding jari oleh manusia lain yang mungkin perlu diberi panggilan kawan itu sangat melemhakan aku. Namun, manusia itu tidak sempurna. Memohon maaf adalah perkara yang paling sukar untuk manusia lakukan kerana keegoan mereka mengatasi segalanya. Namun bagiku, memohon maaf itu adalah cara aku membersihkan hati. Aku tidak merasa rugi untuk mengucapkannya. Malahan aku berasa untung dapat mengucapkan kata maaf itu untuk ketenangan diriku. Jadi memohon kemaafan itu adalah perkara yang terbaik boleh aku lakukan kerana aku tidak mampu menjadi kawan mereka yang baik, kerana aku manusia tidak sempurna. Walaupun telah sedaya upaya aku cuba menyenangkan hati manusia tetapi tiada kebaikan yang terpancar dari diriku hanya keburukan dan aku redha dengan kehendakMu wahai Tuhan... Sesungguhnya aku sedar bahawa yang kekal itu hanya kau, Allah SWT... Manusia yang perlu aku gelarkan sebagai kawan itu akan datang dan akhirnya pergi tetapi Kau sentiasa ada bersamaku di waktu aku susah, senang, gembira, sedih malahan di setiap aliran darahku dan hembusan nafasku. Jikalau tiada kebaikan yang manusia nampak dari diriku aku redha, itu kehendakMu. Walaubagaimanapun wahai Tuhan, aku akan cuba untuk lebih banyak memperbaiki diriku agar hubungan ku dengan manusia itu menjadi sempura.